Thursday, September 24, 2009

Salam Aidil Fitri 2009



Aidil Fitri menjelang lagi. Seperti tahun-tahun terdahulu, aidil fitri tahun ini memang dinantikan dengan penuh kesyahduan. Apatah lagi, pada tahun ini, aku menyambut kehadiran Aidil Fitri di kampung halaman ku. Sudah 9 tahun aku aku tidak pulang menyambutnya di kampung. Terlalu banyak kenangan yang cuba aku lupakan, lantaran pemergian kedua-dua orang tua ku membuatkan aku terlalu lemah..terlalu lemah untuk menempuh pagi 1 Syawal di kampung halamanku..


Namun, pada tahun ini, kugagahi jua..Kepulangan Adik Hazree dan Intan beraya di Kodiang memberi aku kekuatan untuk sekali lagi bersama-sama menyambut hari lebaran bersama keluarga di sana.

Masih teringat lagi, suasana malam Raya semasa kedua-dua orang tua ku masih ada..Masing-masing akan sibuk menyiapkan tugasan yang telah diagihkan..Arwah abah dan DikNa akan menganyam daun ketupat. Mak akan menyiapkan persediaan untuk masakan lontong dan soto bersama-sama dengan Kak Norma..Aku dan Adik akan memastikan daging dan kentang dikisar untuk dijadikan 'pegedel'...dan Ju'a akan membantu seadanya...

Itu dulu.....23 yang lalu...itulah kali terakhir kami menyambut Aidil Fitri bersama-sama....

Pada tahun ini, dapat kurasakan semula suasana yang telah lama aku rindui...bergenang airmataku bila melihat Kak Norma, Mas, Intan dan Ju'a bersama-sama menyediakan juadah untuk Hari Raya, namun kusembunyikan perasaanku itu. Arwah Abah dan Mak tentunya berbangga dengan anak-anak dan menantu mereka..memandang dari kejauhan...

Syawal disambut dengan penuh kemeriahan dan keinsafan..Untuk arwah Abah dan Mak, sekalung doa kukirimkan..semoga sejahtera di 'sana'..Kupanjatkan kesyukuran kepada Ilahi, kerana dengan berkatNya, dapat sekali lagi kami bersama-sama sebagai sebuah keluarga menyambut Aidil Fitri dengan penuh seribu makna....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua.....Maaf Zahir Batin..


2 comments:

Unknown said...

fullamak....berkebun-kebun bunga abg aku gunakan..standard dan mengikut tatabahasa yang betul.heheeh!!!BTW....memang raya tahun ni best....syahdu tapi sronok.nanti kita pakat-pakat raya lagi kat Kodiang kalau ada umur panjang.by that time maybe adik dah ada Boboy!!!

Abang Sejuk said...

Adik,
TQ and insyaAllah..