Thursday, July 29, 2010

Apa warna..? sudah pasang..? Tarikkk...& Bingo!!



Sudah lama rasanya aku tidak menulis dlam blog ni..lately ni rasa sibuk sangat, esp dengan kerja. Alhamdulillah, rasa berbaloi dengan kesibukan aku, kerana baru dapat berita dari 'client' yang Business plan yang aku submit dah approved..At least setahun dua ni adalah kerja ....hehe


Well, dengan MCOBA pun sibuk jugak..since aku dilantik menjadi OFF Field coordinator untuk All blacks Revival program ni, dah beberapa weekend aku ke Kuala Kangsar. Kekadang, terasa juga sedih coz, masa weekend lah selalu nya aku melayan kerenah Nina yang kian membesar. Sekarang dah jarang dapat bersama Nina di hujung minggu...Masa anak-anak tengah membesar ni lah masanya untuk kita sentiasa bersama-sama dengan mereka...bila dah besar, dah masuk umur belasan tahun, kita akan mula terasa kehilangan mereka..seperti yang aku rasakan dengan Ayie..bila dah masuk asrama, masa mereka lebih terluang dengan kawan-kawan..aku mula terasa apa yang mungkin abah & mak terasa dulu semasa aku juga di asrama...


Masih teringat aku pada suatu malam, sewaktu baru pulang dari kerja, Nina mengajak aku ke Fun Fair yang kebetulan baru dibuka di kawasan perumahanku.. memang sudah agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke Fun Fair. Bukan kerana apa, cuma aku rimas dengan keadaan orang yang terlalu ramai...

"daddy tak pernah bawak Nina pergi Fun fair.." itu yang keluar dari mulut Nina bila aku beritahu dia yang aku kepenatan..aku rasa inilah masanya untuk aku menggantikan masa hujung mingguku dengannya..bila saja aku menyuruhnya mengambil baju dan kunci keretaku, aku dapat lihat suatu sinar keceriaan yang terpancar dari wajahnya..


Satu persatu permainan kami lalui...dari permainan dart ke wheel of fortune..dari baling bola ping pong ke menangkap itik..Nina begitu teruja...senyuman manis tak lekang dari wajahnya. Sehinggalah sampai ke 'booth' yang terakhir....

Malam berlalu begitu pantas...dalam tak sedar, jam sudah pun pukul 12 tengahmalam..aku terus mengajak Nina pulang, kerana aku harus ke pejabat keesokannya..aku tahu Nina puas, kerana dapat jugak dia ke Fun Fair...aku juga puas, kerana dapat bersama dengannya.....






No comments: